Thursday, 19 May 2016

CELAKA

Kau, 
Sesuatu yang paling celaka pernah muncul dan ada dalam hidup aku.

Sama seperti
"Yang kamu lakukan ke saya itu, Jahatt"

Dulu, kau yang paling istimewa
Rupanya, kau yang paling celaka

Tuesday, 22 March 2016

Miracle.



Masa zaman aku keja kt kedai dobi dulu, lepas habis Poli dalam tahun 2010 - 2011 cam tu xsure sangat.

Aku ade bekawan dengan budak Indonesia. Nama dia Idah. Asal dari Madura. Umur dia muda 2 tahun dari aku tak salah.

Aku selalu berangan, nak pegi Indonesia. Nak tengok gunung berapi kat sana.
Tapi masa tu, macam angan2 saje.

Masuk Uni, habis Uni, start kerja.
Aku still berangan lagi, nak ke Bali.
Tak tahu kenapa suka sangat dengan Bali tu.
Oh yaa, sebab aku tengok cerita Perahu Kertas haha.
Kan banyak tunjuk kt Bali.
Bali is beautiful ok.
Sampai aku acah2 checkin / move in to Bali kt FB.

Then aku still teruskan hidup macam biasa. Takde pikir sangat how to capai inpian nak ke sana, bila and etc.

Tahun 2014 aku start hiking balik dengan Syafiq Hafiz@ Apiz, classmates lama kt Poli dulu.
Mula2 main gunung kt malaysia je.
Lepas tu die buat keje gila extreme ajak naik Gunung Kinabalu.
G.Kinabalu ni tak pernah ada lagi dalam list aku taw haha.
Aku pun ikut gila On saje.
Sampai sana, aku jatuh cinta dengan Sabah dengan Gunung Kinabalu. Tak tergambar mcmana indahnya Sabah tu.

Abis trip ke Sabah. Apiz mula plan trip to Indonesia. Perjalanan dari Bali - Bandung.
Aku still tak ingat lagi tu ape yang aku penah hajat dan berangan kan dulu.
Dalam bulan 4 kiteorang gerak ke sana, habiskan masa dalam 9hari.
Ya Allah, jatuh cinta pulak dengan Indonesia. View dia, superb. Hijau saje. Aku suka hijau, nature and sejuk hehe.

Dapat la aku merasa ke Bali, tp tak puas lagi round. Sebab 1 hari je kt sana nak kejar ke daerah lain.
Masa tu, baru la aku teringat ape tg aku berangan tu. Akhirnya, something yang kau tak pernah plan pun, tibe tibe kau dapat capai.

Sama jugak dengan pegi melawat Bromo, Gunung Ijen, something yang memang dah lama aku lupa.
Yang aku pernah berangan nak tengok gunung berapi. And akhirnya aku dapat.

Kadang rasa macam miracle.
Apa yang kita saja2 sebut, saja2 berangan, itu yang kita dapat harini.

Dulu masa zaman Poli, aku pernah cakap.
Cita2 aku nak jadi grafik designer, and ada company sendiri.
Harini, aku ceburkan diri aku dalam bidang ni.
Even belum ada company sendiri dan masih tak layak di panggil grafik designer.
Something yang aku tak sangka juga akan jadi.
And aku tak pernah ingat aku pernah cakap macam tu.

Tak salah berangan. Lambat atau cepat, ada rezeki, kau akan dapat apa yang kau nak tu if dah memang tertulis untuk kau.

------

This is Qadaq dan Qadar.
This is Miracle of life.

Terima Kasih Allah untuk segala nikmat yang kau dah berikan pada aku.

Thursday, 24 September 2015

PENCEN

gua pencen babe.
jangan tanya jangan ajak.
gua pencen lama.
kejar target.
gunung tu tak lari mana pun.
ade rezeki naik la lagi.

gantung beg,
gantung tongkat,
simpan kasut.

rasa nak turun, nak tarik,
sekejap sekejap boleh la.
yang dekat2 boleh la.

tengok la...

Wednesday, 29 July 2015

3 MINIT



Pernah dapat 3 minit yang berharga?
Atau masa yang berharga?

Dalam masa yang singkat tu
kau menangis kemudian tergelak dan akhirnya tersenyum lega.

What a coincidence.
Beberapa hari yang lepas
Aku teringat tentang kau
Aku selalu tengok gambar profile kau
Tak tahu kenapa macam tiba tiba rindu.
Tapi aku tak boleh contact kau.
Malamnya aku mimpi kau.
Kemudiannya hari ni,
Tiba tiba kau call.
Bukan satu perkara yang mudah untuk kau buat sebenarnye tu.

Sekurangnya aku lega
Itu dah cukup.

---

Thank you for calling me.
Even just for 3minutes.


Thursday, 9 July 2015

ANTARA KERJA DAN GUNUNG

Bile dah nak raya ni mule la stress die bertambah tambah.
Itu silap ini silap
Kerenah orang tu kerenah orang ni.

Adui...
*mengeluh jap.

Bulan 9 ni pulak kawan aku buat trip ke Rinjani.
Ini pun boleh jadi stress jugak ni pikir.
Bulan 5 haritu aku baru je balik dari Indonesia,
naik Bromo dengan Ijen
Nak pegi lagi ke dayah?
Si Apiz ni ntah kenapa beriye nak aku pegi.
Aku ni dah la mudah cair dengan pujukan dan rayuan orang.
Cepat tergoda.
Pendirian tak tetap.
Dari taknak boleh jadi NAK!
Tapi kadang-kadang datang kepala batu,
Kalau aku kate TAK NAK memang TAK NAK jugak la.
Depends on situation.
*tapi selalunye aku kalah lol.

Time tengah stress keje ni memang aku boleh je,
laju je confirmkan diri aku nak pegi.
Tapi pikir.. saving..saving..saving..
Ade bende nak buat dengan duit tu.
Kahwin? JAUH SEKALI TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI.

Allah..susahnye nak buat keputusan.
Rinjani tu macam memanggil manggil je.
Sumpah aku rindu nak ke Indonesia lagi.
Sumpah aku rindu nak ber backpack dengan korang lagii!

Tapi..
tulah...
Antara kerja dan gunung.
Mana satu akan jadi keutamaan nanti?

Kite tunggu.

Tuesday, 16 June 2015

TAK SEMPAT UPDATE




















Salam,

Entry last untuk trip ke Kinabalu  tak sempat nak habiskan pun lagi.
Part last di mana aku sampai ke puncak kinabalu, kemudian di kejutkan dengan kejadian yang menimpa Gunung Kinabalu.

1 word :  SEDIH.
aku sedih.
tambah sedih sebab kite dah pernah berada kat tempat tu,
kite dah pernah merasa dan lihat kecantikan dan keajaiban tempat tu
everything about Gunung Kinabalu is Beautiful.

Lepas tengok gambar-gambar mangsa,
tengok keadaan Gunung Kinabalu selepas gempa tu,
Ya Allah..sedih.
Harap Akinabalu akan pulih seperti dulu,
dan aku dapat peluang untuk naik lagi sekali.

Bersyukur sebab kami berempat di berikan kesempatan untuk naik haritu.
itu pun trip mengejut, member ajak, aku pun men follow je.
tak pernah terpikir pun nak naik mase tu.

Ade masa nanti aku habiskan jugak entry last untuk Kinabalu tu.
Insyaallah.

#prayforsabah
#prayforkinabalu

Monday, 8 June 2015

Fikir sebelum beli REFURBISHED SET iPhone

Assalamualaikum..
Di pagi yang hening dan sejuk di Presint 9 ni,
dengan muka sembab baru bangun dan tak mandi tak breakfast lagi,
aku nak cakap sikit je pasal REFURBISHED SET IPHONE.

ok, sekarang kan memang berlambak kan orang jual refurbished set ni?
dan ramaiii yang tergila gila nak beli sebab harga mampu milik, ker?
salah satu nye adalah aku.

COMMENT aku tentang set ni,
if korang nak beli refurbished set ni, tolong pastikan dari mana datangnye set tu.
dari SUPPLIER atau dari APPLE?
Ade yang cakap, apple takde pun keluarkan refurbished set ni semua.
ade seller yang cakap ade. if dieorang tipu aku pun tak tahu la kan.

Sebab-sebab kenapa kene consider benda ni?
Refurbished set dari Supplier = Accessories semua TIDAK ORI,dari supplier.
Refurbished set dari Appler =  Accessories ORI dari apple.

Ini info yang aku dapat dari seller yang aku beli iPhone.
kalau die tipu, maknenye aku tipu kome la.

Jadi ape masalahnye pun if tak ori? Ini masalah yang aku dapat.

1. After 4 -5 bulan pakai USB iPhone keluar notification "Accessories may not be supported"

Jadi aku pun merujuk la pada seller aku,sebab aku dah bengang,aku pakai cable Remax sampai dah dua pun sama,ni pakai cable iPhone sndiri pun sama. dan jawapan die adalah try beli cable ori iPhone. And i was like..what the???
Boleh pulak die cakap " awak ingat cable Remax tu bagus ke?"
pfttttt die sendiri pun jual barang Remax!

2. Button Lock baru 2 bulan pakai dah rosak

Ok ni mybe silap sendiri ke pakai ganas sangat ke cemana ke entah kan. *like seriously ganas apenye yang aku pakai sampai leh rosak??
Yang jadi leceh sebab if nak repair, kau kene return balik pada seller untuk hantar waranty. dah kalau kau dekat Johor,seller tu dekat KL, kau rase? leceh kan?


CONCLUSSION

Alang-alang nak pakai iPhone, sila lah beli dari center Apple sendiri.
Accessories semua dah confirm ori, if nak hantar waranty pun senang.
Senang kata lebih puas hati!
Ye,memang la mahal aku tahu tu. Tapi ni hanya sekadar pandangan dari aku untuk korang buat keputusan sebelum melabur duit tu nak beli iPhone.
IF, korang tak kesah pasal accesories tu ape semua, janji dapat pakai iPhone kan, terpulang la kome.
Dan jadi la buyer yang bijak untuk tanya pada seller tentang semua item tu before membeli, kene amik tahu.

Sekian dari saya pada pagi ini,
tiada lagi refurbished set untuk saya selepas ni.
Macehh.