Monday, 8 June 2015

Fikir sebelum beli REFURBISHED SET iPhone

Assalamualaikum..
Di pagi yang hening dan sejuk di Presint 9 ni,
dengan muka sembab baru bangun dan tak mandi tak breakfast lagi,
aku nak cakap sikit je pasal REFURBISHED SET IPHONE.

ok, sekarang kan memang berlambak kan orang jual refurbished set ni?
dan ramaiii yang tergila gila nak beli sebab harga mampu milik, ker?
salah satu nye adalah aku.

COMMENT aku tentang set ni,
if korang nak beli refurbished set ni, tolong pastikan dari mana datangnye set tu.
dari SUPPLIER atau dari APPLE?
Ade yang cakap, apple takde pun keluarkan refurbished set ni semua.
ade seller yang cakap ade. if dieorang tipu aku pun tak tahu la kan.

Sebab-sebab kenapa kene consider benda ni?
Refurbished set dari Supplier = Accessories semua TIDAK ORI,dari supplier.
Refurbished set dari Appler =  Accessories ORI dari apple.

Ini info yang aku dapat dari seller yang aku beli iPhone.
kalau die tipu, maknenye aku tipu kome la.

Jadi ape masalahnye pun if tak ori? Ini masalah yang aku dapat.

1. After 4 -5 bulan pakai USB iPhone keluar notification "Accessories may not be supported"

Jadi aku pun merujuk la pada seller aku,sebab aku dah bengang,aku pakai cable Remax sampai dah dua pun sama,ni pakai cable iPhone sndiri pun sama. dan jawapan die adalah try beli cable ori iPhone. And i was like..what the???
Boleh pulak die cakap " awak ingat cable Remax tu bagus ke?"
pfttttt die sendiri pun jual barang Remax!

2. Button Lock baru 2 bulan pakai dah rosak

Ok ni mybe silap sendiri ke pakai ganas sangat ke cemana ke entah kan. *like seriously ganas apenye yang aku pakai sampai leh rosak??
Yang jadi leceh sebab if nak repair, kau kene return balik pada seller untuk hantar waranty. dah kalau kau dekat Johor,seller tu dekat KL, kau rase? leceh kan?


CONCLUSSION

Alang-alang nak pakai iPhone, sila lah beli dari center Apple sendiri.
Accessories semua dah confirm ori, if nak hantar waranty pun senang.
Senang kata lebih puas hati!
Ye,memang la mahal aku tahu tu. Tapi ni hanya sekadar pandangan dari aku untuk korang buat keputusan sebelum melabur duit tu nak beli iPhone.
IF, korang tak kesah pasal accesories tu ape semua, janji dapat pakai iPhone kan, terpulang la kome.
Dan jadi la buyer yang bijak untuk tanya pada seller tentang semua item tu before membeli, kene amik tahu.

Sekian dari saya pada pagi ini,
tiada lagi refurbished set untuk saya selepas ni.
Macehh.